Kategori

11 November 2011

Misteri : 5 Tahun, Wanita Cantik Menjadi Tua

Ini kisah yang dipetik dari agensi berita Yahoo News. Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu.

Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu.

Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun.

Kulit muka, dada dan perutnya kendur.
“Kulit perut saya berlipat umpama seorang wanita yang bersalin sedangkan saya belum pun mempunyai anak,” katanya. Bagaimanapun, kitaran haid dan jumlah gigi, rambut serta pemikirannya masih seperti wanita muda.

Katanya, perubahan terhadap dirinya bermula selepas dia menjamah makanan laut pada tahun 2008. Mungkin disebabkan alergik, dia mengalami gatal-gatal di seluruh badan. Mulanya Nguyen memakan ubatan hospital yang menghilangkan rasa gatal tetapi meninggalkan parut gatal.

“Kemudian saya beralih kepada ubat tradisional, rasa gatal dan parut itu hilang namun kulit saya pula yang mula kendur dan berlipat,” katanya.

Beliau dan suaminya tidak ingat ubat tradisional apakah atau di mana ia dibeli. Suaminya, Thanh Tuyen mempertahankan versi cerita isterinya itu dan setia bersama Nguyen walaupun wanita itu sudah kehilangan keremajaan wajahnya.Wanita itu bagaamanapun bernasib baik apabila menerima rawatan percuma dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang mana para doktornya mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kulit peringkat serius yang dinamakan mastocytosis.

Daripada diagnosa yang dibuat, doktor yakin antara 50 hingga 70 peratus keadaan kulitnya yang asal mungkin dapat dikembalikan.
Sumber: Yahoo! Newsroom

0 comments:

Post a Comment

 

Berita Like Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger