Spekulasi yang terbaru mengenai CIVIC, akan dikeluarkan pada 2013 dengan rekabentuk yang lebih garang dan menggunakan enjin Turbo yang akan mengambil tempat enjin VTEC yang menjadi kebangaan Honda sekian lama. Ini suatu berita yang mengejutkan kerana kesanggupan Honda beralih dari teknologi enjin yang diciptanya sendiri selama hampir 2 dekad. Namun masih belum pasti sama ada ini akan menggantikan CIVIC Euro type atau kesemua CIVIC, ini kerana CIVIC di eropah mempunyai bentuk yang agak berlainan berbanding di Malaysia mahupun di US, dipanggil CIVIC EURO TYPE.
Sudah tentu banyak perubahan yang akan dilakukan oleh Honda demi untuk berada di hadapan dalam perlumbaan pengeluaran kereta yang berteknologi tinggi dan dalam memberikan keseronokkan maksimum memandu.
Kereta yang “terpanas” dari Honda ini dibekalkan dengan enjin 210 kuasa kuda, 2.0 liter turbo 4. Hahah akhirnya engineer-engineer Honda terasa bosan juga kerana telah terlalu lama tiada perubahan dalam pembikinan sistem enjin bagi kereta-kerata keluaran mereka.
Nak tahu hebat tak hebatnya Honda Civic Type R 2013 ni tengok saja pecutannya dari 0 ke 100kmj hanya mengambil masa 6.5 saat sahaja manakala pecutan terpantas yang mampu dicapai ialah 240kmj. Suatu pecutan yang mengerunkan dan hampir menyamai pecutan di F1 Sepang.
Dengan harga bermula dari £18,000 sahaja tentulah kereta Honda Civic Type R Turbo ini menjadi rebutan ramai peminat kereta-kereta honda. Tapi peransankah anda tanda £ itu bermakna harga dalam Pound Sterling atau GBP dan kereta ini dah tentu untuk pasaran negara Britain bukan untuk Malaysia.
Jadi bagi anda yang dah separuh gila tengok gambar Honda Civic Type R Turbo ni kenalah bersabar banyak-banyak untuk kereta ini sampai ke pasaraan Malaysia.
Mana pilihan hati…. Honda Civic Type R 2013 atau Civic 2012?
0 comments:
Post a Comment