Kategori

10 November 2011

Food : Kebaikan Susu Kambing Untuk Kesihatan






Susu kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus , lembut serta mudah hadam berbanding dengan susu lembu .lanya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
Disebabkan zarahnya yang halus & sifatnya yang menyah acid , maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastrik.
Alahan Laktosa.

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah.

Susu kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu .lanya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali


la juga mempunyai kandungan pH beralkali . Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. lanya bertindak meneutralkan asid dalam badan.

Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada sakit kepala ,sakit badan & otot ,penurunan berat badan ,kandungan gula dalm badan yang tidak seimbang ,keletihan dan tekanan darah tinggi.Susu Kambing Mengandungi asid lemak yang baik

Susu Kambing mengandungi asid lemak baik (capric & caprylic ) yang mencegah kesan jangkitan kulat . Asid ini juga membantu sistam pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tidak meninbulkan alahan kepada manusia .

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan mineral selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistam ketahanan sel badan manusia dan bahan anti aksida .selain itu ianya melawan virus secara semula jadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Dengan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi . Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis ( inflamasi sendi ).

0 comments:

Post a Comment

 

Berita Like Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger