Kategori

Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

17 November 2011

(Video) Budak Menyusu Dengan Anjing - kisah benar


Video kanak-kanak berumur 5 tahun meminum susu anjing. Dia mula menyusu dengan anjing sejak berumur 2 tahun. Ibunya meninggalkannya dalam penjagaan anjing tersebut. Dia bekerja sebagai buruh menyebabkannya sibuk dan tidak dapat menjaga anaknya. Kisah benar ini berlaku di India, jom lihat video berita ini.



(Gambar) Beg Pasaraya Paling Kreatif Di Dunia

Gambar-gambar beg pasaraya yang sangat kreatif, pastinya akan membuatkan anda berasa teruja. Harap-harap akan datang akan ada idea-idea beg pasaraya seperti ini di Malaysia. Tengok jangan tak tengok!






(Gambar) Senarai Artis yg Telah Berhijrah. Alhamdulillah!

Syukur kerana sekarang ni ramai artis-artis yang dah berhijrah menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik. Di harap penghijrahan tersebut dapat buka hati lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk lebih taat pada ajaran Islam.

Siapakah artis-artis lelaki yang telah berhijrah tersebut?
Mereka adalah:-

 

Keranda Idaman Si Mati - Pelik!

Pelbagai ragam hinggakan keranda pon nak diubahsuai nya... sangat kreatif.  Kalau kita orang Islam dilarang buat keranda bermacam bentuk rupa ya. Ini orang barat, sentiasa dengan kegilaan depa. Korang tengok ni.


10 Mafia Paling Bahaya DiDunia

Mafia merujuk kepada kumpulan-kumpulan rahsia yang terlibat dalam jenayah yang dijalankan di dalam negara hingga ke luar negara. Mempunyai monopoli ke atas kegiatan haram seperti dadah, penyeludupan senjata api, dan sebagainya. Organisasi dan pengurusan mafia lebih besar dan teratur berbanding


10. Jamaican-British Yardies

Jamaican-British Yardies adalah orang Jamaika yang berimigrasi ke Britain pada 1950-an. Kejahatan yang mereka lakukan adalah seperti penyeludupan dadah dan jenayah penggunaan senjata api.


9. THE ALBANIAN MAFIA

Mafia Albania terdiri daripada sejumlah besar organisasi yang berpusat di Albania. Mereka aktif di negara-negara AS dan Eropah dengan memperdagangkan seks dan penyeludupan dadah.


8. THE SERBIAN MAFIA

Mafia Serbia beroperasi di lebih dari sepuluh buah negara termasuk Jerman, Amerika Serikat, Eropah, Perancis, dan lain-lain negara. Mempunyai tiga kumpulan utama yang digelar Vozdovac, Surcin dan Zemun. Tiga kumpulan utama ini akan mengawal kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Mafia Serbia melakukan penyeludupan dadah, memberi perlindungan paksa, perjudian, pembunuhan secara kontrak, dan kegiatan mencuri.


7. ISRAELI mafia

Mafia Israel berada di banyak negara dan melakukan aktiviti seperti pengedaran dadah dan pelacuran. Mafia Israel pada masa ini lebih ganas dan tidak berfikir dua kali tentang hal  pembunuhan berbanding mafia Israel pada masa dahulu. Hubungan baik mafia Rusia-Israel dan politik AS menyebabkan tentera AS sukar menundukkan Mafia ini.


6. MEXICAN MAFIA

Mexican Mafia adalah geng penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Ia telah dimulakan pada tahun 1950-an untuk melindungi tahanan terhadap tahanan lain dan dari pegawai-pegawai penjara. Terlibat dalam kegiatan peras ugut dan pengedaran dadah. Tatu begitu sinonim dengan mafia ini yang dianggarkan memiliki 30 000 keahlian di seluruh AS. Mereka memaksa peniaga untuk membayar cukai perlindungan dan orang-orang yang enggan akan dibunuh.Ada yang mengatakan bahawa terdapat 150 ahli penjara yang mempunyai kuasa untuk memerintahkan pembunuhan dan 2000 syarikat-syarikat bersekutu yang akan melaksanakan arahan ini.


5. JAPANESE YAKUZA

Bermula pada abad ke-17. Kebanyakan ahli mempunyai tatu badan menyeluruh. Mempunyai 110,000 ahli aktif yang terdiri daripada 2500 keluarga. Mereka memaksa mangsa untuk membayar cukai perlindungan, mengimport bahan lucah dari AS dan Eropah, kegiatan pelacuran dan pendatang tanpa izin.


4. CHINESE TRIADS

Terdiri daripada pelbagai organisasi jenayah yang berpangkalan di Tanah Besar China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapura, dan lain-lain negara. Mereka juga sangat aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver serta San Francisco.Jenayah mereka melibatkan kecurian, kontrak pembunuhan, pengedaran dadah, peras ugut, cetak rompak, dan sebagainya. Mereka juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China.


3. COLOMBIAN DRUG CARTELS

Kartel Dadah Colombia telah dibentuk terutamanya untuk pengawalan dan penyeludupan dadah. Mereka juga terlibat dalam banyak kes penculikan dan keganasan. 


2. SICILIAN AND AMERICAN COSA NOSTRA

Sicilian and American cosa Nostra adalah kumpulan yang agak baru. Walaupun agak baru dan paling muda antara mafia-mafia, ia mempunyai keupayaan yang besar untuk merancang jenayah besar dan terlepas dari undang-undang. Terlibat dalam memberi cukai perlindungan, 
dadah dan senjata.


1. RUSSIAN MAFIA

Rusia Mafia berasal dari Kesatuan Soviet dan sekarang mempunyai pengaruh di seluruh dunia. Ia mempunyai antara 100,000 hingga 500,000 ahli. Terlibat dalam jenayah terancang di Israel, Hungary, Sepanyol, Kanada, UK, AS, Rusia, dan sebagainya. Mereka juga telah berhijrah ke Israel, Amerika dan Jerman menggunakan identiti Yahudi dan Jerman. Tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa, jika ada ahli membocorkan maklumat apabila ditangkap, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Terlibat dengan pengedaran dadah dan senjata api, pengeboman, penyeludupan, pornografi, penipuan internet, vandalisme, keganasan, perdagangan organ dan pembunuhan kontrak.

Namun, daripada statistik kajian mengenai kegiatan mafia ini, hanya segelintir yang akan menjadi kaya terutama ketua mereka, kebanyakkan yang mati, tertangkap dan dipenjara adalah orang bawahan atau orang suruhan-mereka ini yang menyebabkan susah untuk polis menangkap ketua mereka. Sebagai contoh keldai dadah, hanya pembawa dadah yang ditangkap. Oleh itu janganlah join geng2 gangster ni... xda faedahnya. Piece yaw.







11 November 2011

20 Makanan Dalam Tin Paling Pelik di Seluruh Dunia

 
Pelbagai makanan pelik didalam tin dimakan diseluruh dunia, Ini antara gambar pelbagai makanan yg tersangat pelik yang tidak dapat difikirkan oleh akal yang waras. Makanan ini semuanya adalah makanan yang dimakan oleh masyarakat sedunia. Lihat lah gambar, makanan pelik dan jelik ini. Semestinya akan membuatkan anda terkejut.

Koleksi Ikan Paling Hodoh di Dunia

  

Inilah ikan-ikan paling hodoh di dunia, ianya tak pernah kita lihat dan sangat mengerikan. Kebanyakkan ikan ini tinggal di dasar yang sangat dalam dimana tiada punca cahaya matahari. Oleh hal sedemikian, rupa paras tidak perlu cantik kerana habitatnya gelap gelita. Tengok pelan-pelan, jangan sampai bawak ke mimpi..nnt trauma!

Penggemar Keju Berulat

Pernahkah anda mendengar keju yang dipenuhi ulat sampah? Ya, keju susu kambing tradisional Sardinia Casu marzu, sangat terkenal di Sardinia Itali. Ianya mengandungi larva serangga yang hidup yang bertelur dan lahir serta memakan keju tersebut. Diperolehi dari Pecorino, casu marzu cheese ini melampaui penapaian yang biasa terhasil oleh tindakan pencernaan larva lalat keju Piophila casei. 

Orang Paling Kaya di Ghana-Pelik!


Di benua Afrika, negara Ghana – sesetengah barang elektrik seperti TV lama, VCR atau Boombox sudah membolehkan seseorang dianggap seorang lelaki yang kaya. Tidak ramai orang mampu membeli peralatan ini. 

Di Ghana, seorang pelukis bernama Philip Kwame Apagya boleh menjadikan anda kelihatan kaya sekurang-kurangnya dalam gambar

Sperma Terbesar Di Dunia?


Ini bukan sperma terbesar di dunia, tetapi mungkin satu-satunya basikal berbentuk sperma di dunia ini. Didalam gambar menunjukkan penganalisis biologi bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle. Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baru yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.

Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma. Macam sperma delivery la.

"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.

Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.

Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.

Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.

Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik. Mahalnya upah...
Di Malaysia masih belum ada bank sperma rasanya, perlu ke?

Misteri : 5 Tahun, Wanita Cantik Menjadi Tua

Ini kisah yang dipetik dari agensi berita Yahoo News. Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu.

Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu.

Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun.

Kulit muka, dada dan perutnya kendur.
“Kulit perut saya berlipat umpama seorang wanita yang bersalin sedangkan saya belum pun mempunyai anak,” katanya. Bagaimanapun, kitaran haid dan jumlah gigi, rambut serta pemikirannya masih seperti wanita muda.

Katanya, perubahan terhadap dirinya bermula selepas dia menjamah makanan laut pada tahun 2008. Mungkin disebabkan alergik, dia mengalami gatal-gatal di seluruh badan. Mulanya Nguyen memakan ubatan hospital yang menghilangkan rasa gatal tetapi meninggalkan parut gatal.

“Kemudian saya beralih kepada ubat tradisional, rasa gatal dan parut itu hilang namun kulit saya pula yang mula kendur dan berlipat,” katanya.

Beliau dan suaminya tidak ingat ubat tradisional apakah atau di mana ia dibeli. Suaminya, Thanh Tuyen mempertahankan versi cerita isterinya itu dan setia bersama Nguyen walaupun wanita itu sudah kehilangan keremajaan wajahnya.Wanita itu bagaamanapun bernasib baik apabila menerima rawatan percuma dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang mana para doktornya mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kulit peringkat serius yang dinamakan mastocytosis.

Daripada diagnosa yang dibuat, doktor yakin antara 50 hingga 70 peratus keadaan kulitnya yang asal mungkin dapat dikembalikan.
Sumber: Yahoo! Newsroom

Haiwan Misteri Dasar Laut Jepun (Video)

Video dari National Geographic... menunjukkan haiwan misteri di dalam dasar laut dalam di Suruga Bay, Jepun. Tidak pernah dijejaki manusia sebelum ini sepasukan saintis cuba untuk mendapatkan rakaman dasar laut dalam ini dimana ianya terlalu dalam sehingga tidak sampai cahaya matahari ke dasarnya.. 



 

Berita Like Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger