Kategori

17 November 2011

Malaysia 1 Indonesia 0 Keputusan Bola Sepak Sukan Sea

JAKARTA: Malaysia mengatasi Indonesia 1-0 dalam Kumpulan A kejohanan bola sepak Sukan Sea di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini pada hari Khamis. Kumpulan A digelar kumpulan maut kerana disertai jaguh Thailand dan juga Singapura.

Wira Malaysia Syahrul Azwari Ibrahim, yang menjaringkan gol kemenangan dengan grounder yang rendah pada minit ke-17.

Dengan kemenangan tersebut, Malaysia mendahului Kumpulan A pada 10 mata manakala Indonesia kedua sembilan mata.

Dalam perlawanan separuh akhir yang dijadualkan utk Semi-Final, Malaysia akan mengambil
naib juara Kumpulan B, Myanmar manakala Indonesia akan bertemu juara Kumpulan B,Vietnam.

Tahniah dengan semangat yang ditunjukkan dan kami rakyat Malaysia bangga dengan semangat yg dipamerkan, semoga kita menang pingat emas sukan sea kali ini!

(Video) Budak Menyusu Dengan Anjing - kisah benar


Video kanak-kanak berumur 5 tahun meminum susu anjing. Dia mula menyusu dengan anjing sejak berumur 2 tahun. Ibunya meninggalkannya dalam penjagaan anjing tersebut. Dia bekerja sebagai buruh menyebabkannya sibuk dan tidak dapat menjaga anaknya. Kisah benar ini berlaku di India, jom lihat video berita ini.



Spyshot Kereta Proton Baru! Ganti Persona

Gambar spyshot untuk model proton terbaru yang akan dilancarkan pada 2012. Warna kuning kelihatan serupa dengan model Myvi 1.5 yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Proton ini mungkin dinamakan Proton Tuah / Persona Tuah.






(Video) Rakaman Hampir Mati Dilanggar Kereta - Sipi je!

Video ini memaparkan kemalangan yang agak dasyat, namun tiada gambar mayat atau orang cedera. 






(Gambar) Beg Pasaraya Paling Kreatif Di Dunia

Gambar-gambar beg pasaraya yang sangat kreatif, pastinya akan membuatkan anda berasa teruja. Harap-harap akan datang akan ada idea-idea beg pasaraya seperti ini di Malaysia. Tengok jangan tak tengok!






(Gambar) Senarai Artis yg Telah Berhijrah. Alhamdulillah!

Syukur kerana sekarang ni ramai artis-artis yang dah berhijrah menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik. Di harap penghijrahan tersebut dapat buka hati lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk lebih taat pada ajaran Islam.

Siapakah artis-artis lelaki yang telah berhijrah tersebut?
Mereka adalah:-

 

Keranda Idaman Si Mati - Pelik!

Pelbagai ragam hinggakan keranda pon nak diubahsuai nya... sangat kreatif.  Kalau kita orang Islam dilarang buat keranda bermacam bentuk rupa ya. Ini orang barat, sentiasa dengan kegilaan depa. Korang tengok ni.


New Blackberry Tiru IPhone?



Imej diatas merupakan BlackBerry yang masih lagi menjadi tanda tanya. Jika anda perhatikan, sistem operasi yang digunakan merupakan sistem operasi baru. Sumber yang boleh dipercayai pernah mendedahkan bahawa RIM sedang berusaha membina satu sistem operasi yang baru demi untuk bersaing di pasaran. Syarikat yang berpangkalan di Kanada ini sejak kebelakangan ini telah banyak kehilangan pasaran smartphone terutama ditangan Android dan juga iOS.

Dipercayai BlackBerry yang diberi kod nama London ini bakal dikuasakan dengan 1.5GHz dual-core prosessor. Berkemungkinan ia bakal dilengkapkan dengan memori dalaman 16GB dengan kapasiti RAM mencecah 1GB. Kamera bakal dibekalkan dengan 8MP dan 2MP untuk kamera panggilan video. Khabar angin juga mengatakan ianya lebih nipis dari iPhone 4S.

Jika benar smartphone RIM ini bakal menjadi kenyataan pada suku ketiga 2012, sudah pasti RIM sekali lagi bakal memberi saingan yang sengit kepada pembangun sistem operasi lain. Arenafon akan memberikan anda info mengenai smartphone ini dimasa akan datang, jadi teruskan update bersama arenafon.

Subaru BRZ Baru, Penanda Aras Baru Kereta Sport





Subaru BRZ yang dipamerkan di acara Los Angeles motorshow hari ini, boleh menjadi penanda aras baru  kereta Sport yang akan datang. Kereta ini merupakan gabungan Toyota dan Subaru.

Konsep yang ditunjukkan pada majlis itu merupakan kali pertama-rear wheel drive Subaru BRZ dilihat sepenuhnya, walaupun ia masih tidak mempunyai interior.

Styling

Enjin 'boxer' BRZ telah dipasang serendah yang mungkin, membolehkan kereta menampilkan hud rendah dan roofline yg anggun. Jeriji depan heksagon yang lebih rendah, lampu mata hadapan dan fog lamp berbentuk sirip yang direka untuk membangkitkan kereta lain dalam keluarga Subaru.

Spoiler depan yang lebih rendah dan sayap belakang buatan STI, bumbung carbonfibre yang mengekalkan berat dan pusat graviti ke bawah. Reka bentuk belakang berani dan dua twin tailpipes untuk meningkatkan prestasi.

Lampu belakang Subaru mempunyai lebih agresif penggayaan bermata persegi.

Casis dan badan

Subaru STI Konsep BRZ ini mempunyai salah satu daripada pusat graviti terendah yang berbanding kereta sport yang lain. Kereta ini menggunakan rim aloi ringan 18 inci, tayar berprestasi - 215/45 R18 depan dan 225/45 R18 belakang - dengan penggantungan STI diperkemaskan dan brek Brembo.



10 Mafia Paling Bahaya DiDunia

Mafia merujuk kepada kumpulan-kumpulan rahsia yang terlibat dalam jenayah yang dijalankan di dalam negara hingga ke luar negara. Mempunyai monopoli ke atas kegiatan haram seperti dadah, penyeludupan senjata api, dan sebagainya. Organisasi dan pengurusan mafia lebih besar dan teratur berbanding


10. Jamaican-British Yardies

Jamaican-British Yardies adalah orang Jamaika yang berimigrasi ke Britain pada 1950-an. Kejahatan yang mereka lakukan adalah seperti penyeludupan dadah dan jenayah penggunaan senjata api.


9. THE ALBANIAN MAFIA

Mafia Albania terdiri daripada sejumlah besar organisasi yang berpusat di Albania. Mereka aktif di negara-negara AS dan Eropah dengan memperdagangkan seks dan penyeludupan dadah.


8. THE SERBIAN MAFIA

Mafia Serbia beroperasi di lebih dari sepuluh buah negara termasuk Jerman, Amerika Serikat, Eropah, Perancis, dan lain-lain negara. Mempunyai tiga kumpulan utama yang digelar Vozdovac, Surcin dan Zemun. Tiga kumpulan utama ini akan mengawal kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Mafia Serbia melakukan penyeludupan dadah, memberi perlindungan paksa, perjudian, pembunuhan secara kontrak, dan kegiatan mencuri.


7. ISRAELI mafia

Mafia Israel berada di banyak negara dan melakukan aktiviti seperti pengedaran dadah dan pelacuran. Mafia Israel pada masa ini lebih ganas dan tidak berfikir dua kali tentang hal  pembunuhan berbanding mafia Israel pada masa dahulu. Hubungan baik mafia Rusia-Israel dan politik AS menyebabkan tentera AS sukar menundukkan Mafia ini.


6. MEXICAN MAFIA

Mexican Mafia adalah geng penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Ia telah dimulakan pada tahun 1950-an untuk melindungi tahanan terhadap tahanan lain dan dari pegawai-pegawai penjara. Terlibat dalam kegiatan peras ugut dan pengedaran dadah. Tatu begitu sinonim dengan mafia ini yang dianggarkan memiliki 30 000 keahlian di seluruh AS. Mereka memaksa peniaga untuk membayar cukai perlindungan dan orang-orang yang enggan akan dibunuh.Ada yang mengatakan bahawa terdapat 150 ahli penjara yang mempunyai kuasa untuk memerintahkan pembunuhan dan 2000 syarikat-syarikat bersekutu yang akan melaksanakan arahan ini.


5. JAPANESE YAKUZA

Bermula pada abad ke-17. Kebanyakan ahli mempunyai tatu badan menyeluruh. Mempunyai 110,000 ahli aktif yang terdiri daripada 2500 keluarga. Mereka memaksa mangsa untuk membayar cukai perlindungan, mengimport bahan lucah dari AS dan Eropah, kegiatan pelacuran dan pendatang tanpa izin.


4. CHINESE TRIADS

Terdiri daripada pelbagai organisasi jenayah yang berpangkalan di Tanah Besar China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapura, dan lain-lain negara. Mereka juga sangat aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver serta San Francisco.Jenayah mereka melibatkan kecurian, kontrak pembunuhan, pengedaran dadah, peras ugut, cetak rompak, dan sebagainya. Mereka juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China.


3. COLOMBIAN DRUG CARTELS

Kartel Dadah Colombia telah dibentuk terutamanya untuk pengawalan dan penyeludupan dadah. Mereka juga terlibat dalam banyak kes penculikan dan keganasan. 


2. SICILIAN AND AMERICAN COSA NOSTRA

Sicilian and American cosa Nostra adalah kumpulan yang agak baru. Walaupun agak baru dan paling muda antara mafia-mafia, ia mempunyai keupayaan yang besar untuk merancang jenayah besar dan terlepas dari undang-undang. Terlibat dalam memberi cukai perlindungan, 
dadah dan senjata.


1. RUSSIAN MAFIA

Rusia Mafia berasal dari Kesatuan Soviet dan sekarang mempunyai pengaruh di seluruh dunia. Ia mempunyai antara 100,000 hingga 500,000 ahli. Terlibat dalam jenayah terancang di Israel, Hungary, Sepanyol, Kanada, UK, AS, Rusia, dan sebagainya. Mereka juga telah berhijrah ke Israel, Amerika dan Jerman menggunakan identiti Yahudi dan Jerman. Tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa, jika ada ahli membocorkan maklumat apabila ditangkap, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Terlibat dengan pengedaran dadah dan senjata api, pengeboman, penyeludupan, pornografi, penipuan internet, vandalisme, keganasan, perdagangan organ dan pembunuhan kontrak.

Namun, daripada statistik kajian mengenai kegiatan mafia ini, hanya segelintir yang akan menjadi kaya terutama ketua mereka, kebanyakkan yang mati, tertangkap dan dipenjara adalah orang bawahan atau orang suruhan-mereka ini yang menyebabkan susah untuk polis menangkap ketua mereka. Sebagai contoh keldai dadah, hanya pembawa dadah yang ditangkap. Oleh itu janganlah join geng2 gangster ni... xda faedahnya. Piece yaw.







11 November 2011

20 Makanan Dalam Tin Paling Pelik di Seluruh Dunia

 
Pelbagai makanan pelik didalam tin dimakan diseluruh dunia, Ini antara gambar pelbagai makanan yg tersangat pelik yang tidak dapat difikirkan oleh akal yang waras. Makanan ini semuanya adalah makanan yang dimakan oleh masyarakat sedunia. Lihat lah gambar, makanan pelik dan jelik ini. Semestinya akan membuatkan anda terkejut.

Kucing Dibasuh Mesin Basuh Selama Sejam

Seekor anak kucing berusia lapan minggu telah terselamat selepas terperangkap dalam kitaran mesin basuh selama satu jam di Aberdeen, Scotland.

Koleksi Ikan Paling Hodoh di Dunia

  

Inilah ikan-ikan paling hodoh di dunia, ianya tak pernah kita lihat dan sangat mengerikan. Kebanyakkan ikan ini tinggal di dasar yang sangat dalam dimana tiada punca cahaya matahari. Oleh hal sedemikian, rupa paras tidak perlu cantik kerana habitatnya gelap gelita. Tengok pelan-pelan, jangan sampai bawak ke mimpi..nnt trauma!

Malaysia 2 Thailand 1, Tahniah!


Entri ini khas untuk skuad Harimau Malaya. Saya penyokong setia anda. Tahniah kerana berjaya menewaskan skuad Thailand 2 - 1. 

Namun begitu, perjalanan masih jauh lagi dan belum mencapai matlamat. Jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan! 

Penggemar Keju Berulat

Pernahkah anda mendengar keju yang dipenuhi ulat sampah? Ya, keju susu kambing tradisional Sardinia Casu marzu, sangat terkenal di Sardinia Itali. Ianya mengandungi larva serangga yang hidup yang bertelur dan lahir serta memakan keju tersebut. Diperolehi dari Pecorino, casu marzu cheese ini melampaui penapaian yang biasa terhasil oleh tindakan pencernaan larva lalat keju Piophila casei. 

Orang Paling Kaya di Ghana-Pelik!


Di benua Afrika, negara Ghana – sesetengah barang elektrik seperti TV lama, VCR atau Boombox sudah membolehkan seseorang dianggap seorang lelaki yang kaya. Tidak ramai orang mampu membeli peralatan ini

Di Ghana, seorang pelukis bernama Philip Kwame Apagya boleh menjadikan anda kelihatan kaya sekurang-kurangnya dalam gambar

Honda CIVIC 2013 Dilancarkan (VIDEO)




Spekulasi yang terbaru mengenai CIVIC, akan dikeluarkan pada 2013 dengan rekabentuk yang lebih garang dan menggunakan enjin Turbo yang  akan mengambil tempat enjin VTEC yang menjadi kebangaan Honda sekian lama. Ini suatu berita yang mengejutkan kerana kesanggupan Honda beralih dari teknologi enjin yang diciptanya sendiri selama hampir 2 dekad. Namun masih belum pasti sama ada ini akan menggantikan CIVIC Euro type atau kesemua CIVIC,

Amaran. Jangan Tidur Meniarap!


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:
رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلاً مضطجعاً على بطنه فى المسجد ،
فقال: " إن هذه ضجعة لا يحبها الله و رسوله "

daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah melihat seorang lelaki tidur dalam keadaaan meniarap didalam masjid lalau berkata :" sesungguhnya meniarap tidak disukai Allah dan Rasulnya "

Hikmah Disebalik larangan Rasulullah:

mutakhir ini, pakar perubatan telah mendedahkan bahawa tidor meniarap ini sangat-sangat memudaratkan kesihatan dan bakal mengundang banyak penyakit.

Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di ke kanan atau  ke kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Selamat Beramal...

Sperma Terbesar Di Dunia?


Ini bukan sperma terbesar di dunia, tetapi mungkin satu-satunya basikal berbentuk sperma di dunia ini. Didalam gambar menunjukkan penganalisis biologi bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle. Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baru yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.

Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma. Macam sperma delivery la.

"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.

Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.

Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.

Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.

Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik. Mahalnya upah...
Di Malaysia masih belum ada bank sperma rasanya, perlu ke?

Rompakan di ATM dan Cara Elak


Hati-hati apabila anda keluar duit di ATM, Apa yang anda fikir semasa mengeluarkan wang dari mesin ATM? Fikir nak beli apa dengan duit yang dikeluarkan tu? atau fikir nak habiskan duit gaji dalam masa berapa hari? Tapi pernah ke anda terfikir yang kemungkinan anda diperhatikan perompak semasa duit anda dikeluarkan oleh mesin ATM yang lembab tu? 

Gambar diatas dirakam menggunakan CCTV didalam salah sebuah bank yang bukan di Malaysia. Tak pasti kat mana. Tapi rakaman itu menunjukkan seorang lelaki disamun sejurus selepas mengeluarkan duit dari mesin ATM. 

Jika anda ditempat lelaki tersebut, apakah yang akan anda lakukan? Serahkan semua wang yang ada? Melawan? Kalau dah pegang pistol macam tu tak kan nak lawan pula kan? Memang cari maut tu. 

Tapi ada cara-cara untuk mengelakkan kejadian macam ni berlaku, antaranya:-
  • 1)    Keluarkan duit di mesin ATM yang mempunyai ramai orang disekeliling, so apa-apa jadi boleh jerit minta tolong.
  • 2)    Keluarkan duit pada waktu yang agak sukar untuk penjenayah buat projek, contohnye tengahari (waktu lunch)
  • 3)    Dan sebagai orang Islam, perlulah kita membaca ayat kursi mohon perlindungan kepada Allah swt agar dipermudahkan dan dilindungi diri kita ini.Insyaallah takkan ada apa-apa.
Ada rakan member tahu, apabila anda sedang dirompak, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menekan no pin ATM anda secara terbalik, contoh no pin anda 123456 anda tekan 654321. Ini akan memberi amaran kepada pihak polis bahawa anda sedang mengalami rompakan. Ini tips orang cakap lah kan, tak tahu betul ke tak sebab tak pernah kena rompak masa kat ATM :)
 

Berita Like Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger