Kategori

11 November 2011

Rompakan di ATM dan Cara Elak


Hati-hati apabila anda keluar duit di ATM, Apa yang anda fikir semasa mengeluarkan wang dari mesin ATM? Fikir nak beli apa dengan duit yang dikeluarkan tu? atau fikir nak habiskan duit gaji dalam masa berapa hari? Tapi pernah ke anda terfikir yang kemungkinan anda diperhatikan perompak semasa duit anda dikeluarkan oleh mesin ATM yang lembab tu? 

Gambar diatas dirakam menggunakan CCTV didalam salah sebuah bank yang bukan di Malaysia. Tak pasti kat mana. Tapi rakaman itu menunjukkan seorang lelaki disamun sejurus selepas mengeluarkan duit dari mesin ATM. 

Jika anda ditempat lelaki tersebut, apakah yang akan anda lakukan? Serahkan semua wang yang ada? Melawan? Kalau dah pegang pistol macam tu tak kan nak lawan pula kan? Memang cari maut tu. 

Tapi ada cara-cara untuk mengelakkan kejadian macam ni berlaku, antaranya:-
  • 1)    Keluarkan duit di mesin ATM yang mempunyai ramai orang disekeliling, so apa-apa jadi boleh jerit minta tolong.
  • 2)    Keluarkan duit pada waktu yang agak sukar untuk penjenayah buat projek, contohnye tengahari (waktu lunch)
  • 3)    Dan sebagai orang Islam, perlulah kita membaca ayat kursi mohon perlindungan kepada Allah swt agar dipermudahkan dan dilindungi diri kita ini.Insyaallah takkan ada apa-apa.
Ada rakan member tahu, apabila anda sedang dirompak, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menekan no pin ATM anda secara terbalik, contoh no pin anda 123456 anda tekan 654321. Ini akan memberi amaran kepada pihak polis bahawa anda sedang mengalami rompakan. Ini tips orang cakap lah kan, tak tahu betul ke tak sebab tak pernah kena rompak masa kat ATM :)

0 comments:

Post a Comment

 

Berita Like Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger