Kategori

Showing posts with label isupanas. Show all posts
Showing posts with label isupanas. Show all posts

17 November 2011

Malaysia 1 Indonesia 0 Keputusan Bola Sepak Sukan Sea

JAKARTA: Malaysia mengatasi Indonesia 1-0 dalam Kumpulan A kejohanan bola sepak Sukan Sea di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini pada hari Khamis. Kumpulan A digelar kumpulan maut kerana disertai jaguh Thailand dan juga Singapura.

Wira Malaysia Syahrul Azwari Ibrahim, yang menjaringkan gol kemenangan dengan grounder yang rendah pada minit ke-17.

Dengan kemenangan tersebut, Malaysia mendahului Kumpulan A pada 10 mata manakala Indonesia kedua sembilan mata.

Dalam perlawanan separuh akhir yang dijadualkan utk Semi-Final, Malaysia akan mengambil
naib juara Kumpulan B, Myanmar manakala Indonesia akan bertemu juara Kumpulan B,Vietnam.

Tahniah dengan semangat yang ditunjukkan dan kami rakyat Malaysia bangga dengan semangat yg dipamerkan, semoga kita menang pingat emas sukan sea kali ini!

New Blackberry Tiru IPhone?



Imej diatas merupakan BlackBerry yang masih lagi menjadi tanda tanya. Jika anda perhatikan, sistem operasi yang digunakan merupakan sistem operasi baru. Sumber yang boleh dipercayai pernah mendedahkan bahawa RIM sedang berusaha membina satu sistem operasi yang baru demi untuk bersaing di pasaran. Syarikat yang berpangkalan di Kanada ini sejak kebelakangan ini telah banyak kehilangan pasaran smartphone terutama ditangan Android dan juga iOS.

Dipercayai BlackBerry yang diberi kod nama London ini bakal dikuasakan dengan 1.5GHz dual-core prosessor. Berkemungkinan ia bakal dilengkapkan dengan memori dalaman 16GB dengan kapasiti RAM mencecah 1GB. Kamera bakal dibekalkan dengan 8MP dan 2MP untuk kamera panggilan video. Khabar angin juga mengatakan ianya lebih nipis dari iPhone 4S.

Jika benar smartphone RIM ini bakal menjadi kenyataan pada suku ketiga 2012, sudah pasti RIM sekali lagi bakal memberi saingan yang sengit kepada pembangun sistem operasi lain. Arenafon akan memberikan anda info mengenai smartphone ini dimasa akan datang, jadi teruskan update bersama arenafon.

11 November 2011

Kucing Dibasuh Mesin Basuh Selama Sejam

Seekor anak kucing berusia lapan minggu telah terselamat selepas terperangkap dalam kitaran mesin basuh selama satu jam di Aberdeen, Scotland.

Malaysia 2 Thailand 1, Tahniah!


Entri ini khas untuk skuad Harimau Malaya. Saya penyokong setia anda. Tahniah kerana berjaya menewaskan skuad Thailand 2 - 1. 

Namun begitu, perjalanan masih jauh lagi dan belum mencapai matlamat. Jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan! 
 

Berita Like Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger