Kategori

17 November 2011

New Blackberry Tiru IPhone?



Imej diatas merupakan BlackBerry yang masih lagi menjadi tanda tanya. Jika anda perhatikan, sistem operasi yang digunakan merupakan sistem operasi baru. Sumber yang boleh dipercayai pernah mendedahkan bahawa RIM sedang berusaha membina satu sistem operasi yang baru demi untuk bersaing di pasaran. Syarikat yang berpangkalan di Kanada ini sejak kebelakangan ini telah banyak kehilangan pasaran smartphone terutama ditangan Android dan juga iOS.

Dipercayai BlackBerry yang diberi kod nama London ini bakal dikuasakan dengan 1.5GHz dual-core prosessor. Berkemungkinan ia bakal dilengkapkan dengan memori dalaman 16GB dengan kapasiti RAM mencecah 1GB. Kamera bakal dibekalkan dengan 8MP dan 2MP untuk kamera panggilan video. Khabar angin juga mengatakan ianya lebih nipis dari iPhone 4S.

Jika benar smartphone RIM ini bakal menjadi kenyataan pada suku ketiga 2012, sudah pasti RIM sekali lagi bakal memberi saingan yang sengit kepada pembangun sistem operasi lain. Arenafon akan memberikan anda info mengenai smartphone ini dimasa akan datang, jadi teruskan update bersama arenafon.

0 comments:

Post a Comment

 

Berita Like Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger