Kategori

11 November 2011

Sperma Terbesar Di Dunia?


Ini bukan sperma terbesar di dunia, tetapi mungkin satu-satunya basikal berbentuk sperma di dunia ini. Didalam gambar menunjukkan penganalisis biologi bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle. Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baru yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.

Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma. Macam sperma delivery la.

"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.

Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.

Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.

Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.

Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik. Mahalnya upah...
Di Malaysia masih belum ada bank sperma rasanya, perlu ke?

0 comments:

Post a Comment

 

Berita Like Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger