Kategori

11 November 2011

Amaran. Jangan Tidur Meniarap!


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:
رأى رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلاً مضطجعاً على بطنه فى المسجد ،
فقال: " إن هذه ضجعة لا يحبها الله و رسوله "

daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah melihat seorang lelaki tidur dalam keadaaan meniarap didalam masjid lalau berkata :" sesungguhnya meniarap tidak disukai Allah dan Rasulnya "

Hikmah Disebalik larangan Rasulullah:

mutakhir ini, pakar perubatan telah mendedahkan bahawa tidor meniarap ini sangat-sangat memudaratkan kesihatan dan bakal mengundang banyak penyakit.

Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di ke kanan atau  ke kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Selamat Beramal...

0 comments:

Post a Comment

 

Berita Like Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger