Kategori

11 November 2011

5 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita!

     
Kajian yang dibuat di Amerika Syarikat, berdasarkan responden kepada 10,000 pelajar university dan golongan bekerja berkaitan citarasa mereka terhadap lelaki. Tapi ini taste mereka la... di Malaysia mungkin lain sikit...sama-sama kita membaca fakta menarik ini. Selama ini banyak pendapat mengenai perkara yang manjadi tumpuan wanita dalam memilih pasangan. Berdasarkan fakta, ternyata bukan hanya wajah yang tampan atau kekayaan sahaja yang dapat memikat hati seorang wanita.
     Seiring perkembangan zaman, pandangan wanita terhadap pria lelaki telah sedikit berubah. Hal-hal yang dulunya dianggap kelemahan, kini menjadi daya penarik yang dimiliki para lelaki.

Antara ciri-ciri lelaki yang menjadi tarikan wanita sekarang adalah :

1. Rambut Beruban

Munculnya uban selalu membuat lelaki jadi down. Tapi di era sekarang , uban telahpun menjadi daya penarik terhadap wanita. Rambut beruban membuat lelaki nampak lebih mempesona, dewasa, ramah dan berpengalaman. Berdasarkan survey yang dilakukan laman web Match.com, sebanyak 72% wanita, menganggap lelaki beruban itu sangat seksi.

2. Lelaki Berpeluh

Tak ada yang lebih menggiurkan wanita selain daripada melihat lelaki tanpa mengenakan sebarang baju, dengan peluh yang membasahi wajah dan tubuhnya. Ya, lelaki berpeluh itu dianggap seksi oleh wanita, kenapa? Kerana hormon yang bernama androstadienone memegang peranan dalam hal ini. Menurut kajian yang dilakukan para saintis di University of California, androstadienone merupakan sejenis kimia pada peluh lelaki yang mampu meningkatkan hormon pada wanita, mendorong ghairah seksual mereka.

3. Bekas Luka

Bagi wanita, lelaki yang mempunyai bekas luka kecil di wajah atau tubuhnya terlihat seksi. Alasannya, bekas luka menunjukkan kejantanan dan keberanian lelaki tersebut. Wanita kerap ingin tahu sejarah di balik bekas luka yang dimilikinya. Bekas luka juga mencerminkan sifat misteri dan bahaya pada lelaki tersebut. 

4. Pecinta Tanaman

Percaya atau tidak, lelaki yang bertangan hijau ini dianggap menarik oleh wanita. Untuk menjaga tanaman agar tumbuh subur, kesabaran sangat diperlukan selain daripada kasih sayang. Di mata wanita,lelaki pecinta tanaman ini digambarkan sebagai seseorang yang memiliki naluri ‘kebapaan’. Para saintis mengatakan, jika seseorang berinteraksi dengan tanaman minimum 30 minit seminggu, ianya dapat meningkatkan kesihatan.

5. Berkaca Mata

Jika dulu lelaki berkacamata dianggap nerdy dan geek, kini stereotype itu mula berubah. Wanita kini lebih tertarik pada lelaki yang memakai kacamata, kerana memperlihatkan kepintaran lelaki tersebut. 

P/S: Tapi sekarang ni wanita sikit.tak boleh nak memilih dah.haha

Misteri : 5 Tahun, Wanita Cantik Menjadi Tua

Ini kisah yang dipetik dari agensi berita Yahoo News. Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu.

Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu.

Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun.

Kulit muka, dada dan perutnya kendur.
“Kulit perut saya berlipat umpama seorang wanita yang bersalin sedangkan saya belum pun mempunyai anak,” katanya. Bagaimanapun, kitaran haid dan jumlah gigi, rambut serta pemikirannya masih seperti wanita muda.

Katanya, perubahan terhadap dirinya bermula selepas dia menjamah makanan laut pada tahun 2008. Mungkin disebabkan alergik, dia mengalami gatal-gatal di seluruh badan. Mulanya Nguyen memakan ubatan hospital yang menghilangkan rasa gatal tetapi meninggalkan parut gatal.

“Kemudian saya beralih kepada ubat tradisional, rasa gatal dan parut itu hilang namun kulit saya pula yang mula kendur dan berlipat,” katanya.

Beliau dan suaminya tidak ingat ubat tradisional apakah atau di mana ia dibeli. Suaminya, Thanh Tuyen mempertahankan versi cerita isterinya itu dan setia bersama Nguyen walaupun wanita itu sudah kehilangan keremajaan wajahnya.Wanita itu bagaamanapun bernasib baik apabila menerima rawatan percuma dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang mana para doktornya mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kulit peringkat serius yang dinamakan mastocytosis.

Daripada diagnosa yang dibuat, doktor yakin antara 50 hingga 70 peratus keadaan kulitnya yang asal mungkin dapat dikembalikan.
Sumber: Yahoo! Newsroom

Video Orang Putih Menangis Dengar Azan, Syahdu!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seorang wanita bukan Islam telah menjadi sebak dan menangis apabila mendengar kesyahduan panggilan azan agama Islam di sebuah negara Arab. Inilah salah satu kelebihan azan yang dapat melembutkan hati yang mendengar. Bagaimana dengan kita? Apa yang kita buat mendengar panggilan solat? Video orang putih menangis mendengar azan ada di bawah. Jom tengok!

Haiwan Misteri Dasar Laut Jepun (Video)

Video dari National Geographic... menunjukkan haiwan misteri di dalam dasar laut dalam di Suruga Bay, Jepun. Tidak pernah dijejaki manusia sebelum ini sepasukan saintis cuba untuk mendapatkan rakaman dasar laut dalam ini dimana ianya terlalu dalam sehingga tidak sampai cahaya matahari ke dasarnya.. 



Robot Asimo Baru Hebat (Video) Lari, Lompat!

Mungkin ramai dikalangan anda yang cukup mengenali Robot Asimo buatan Honda. Pada 8 November baru baru ni, Honda telah membuat pengumuman bahawa Robot Asimo versi terbaru kini lebih hebat! Lebih banyak pergerakan sehinggakan dikatan boleh berlari. Ia boleh berlari sehingga kelajuan 9 km/h, laju ni... bayangkan kalau korang lari marathon... 9km satu jam.. Robot berkenaan juga dikatakan kini mampu melompat pada sebelah atau kedua dua belah kakinya. Selain itu Robot Asimo mampu melayan tetamu dengan menuang air kedalam gelas, membuka penutup botol dan berjalan kebelakang. Saksikan video dibawah ini.



Mungkin versi akan datang, robot Asimo ni boleh memasak kot, tolong buat kerja-kerja rumah. Mana tahu kan?

Cara Mendapat Jodoh Terbaik - ikut cara Islam



Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.
Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu? 

Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.

Manakala, Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

Jom pergi kepada dalil:

1. Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud. 
Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17 (baca dalam terjemahan Al-Quran)

2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat. Imam al-Mubarakfuri berkata: "Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."

3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik. Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." (HR Bukhari)

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. 

Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. 

Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. 

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.
by Jannati Baiti

Ular Sawa Terbesar Didunia ada di Malaysia?

aku yakin ramai yang dah pernah tengok gambar di bawah ni. kelihatan seekor ular sawa gergasi yang digantung pada sebuah jengkaut ataupun aku panggil kapal korek. tak silap aku, kali pertama aku tengok gambar ni melalui handphone membe aku beberapa tahun lepas... 



...sambil dok tayang gambar kat aku, sambil tu jugalah dia bercerita pasal ular ni. lepas dapat satu email baru-baru ni, aku teringat cerita ular ni tapi apa yang aku pernah dengar sebelum ni berbeza dengan apa yang aku baru jumpa dalam internet.

tahukah korang sebenarnya banyak lagi cerita pasal gambar ular gergasi ni? ini antara apa yang aku dah jumpa.

*****

Lahad Datu:

Kisah penemuan ular sawa gergasi dari spesis ular sawa batik oleh kontraktor yang menjalankan pembersihan pembukaan kawasan tanah di Jalan Dam. Ular itu dipercayai mati apabila kepalanya terkena jengkaut yang digunakan di situ. Namun begitu kesahihan perkara ini tidak dapat disahkan kerana perkara itu dikatakan berlaku pada bulan Febuari dan berita tentang kejadian ini hanya diperolehi daripada maklumat orang ramai yang pernah menyaksikan gambar tersebut.

Kontraktar yang dikatakan menjumpai ular ini telah berhenti dari menjalankan kerja-kerja pembersihan di sini dan digantikan oleh kontraktor yang baru dan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.

Apa yang merisaukan orang ramai ialah mereka mempercayai yang masih ada pasangan ular tersebut yang mendiami kawasan tersebut walaupun perkara ini tidak dapat disahkan.

Ada khabar angin di facebook yang mengatakan ular tersebut telah berjaya dijual pada harga rm25000.

*****
info yang boleh kita dapat daripada entri di atas ni, kejadian berlaku di Lahad Datu. aku rasa macam tu la maksud penulis asal. Jalan Dam tu pun aku tak tau area mana...

*****

Pada bulan Ogos 2008, seekor ular sawa raksasa telah dibunuh kerana cuba menyerang seorang pemandu jentolak. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lepar Banjir, Paloh Hinai, Pahang. Terdapat perbincangan sensasi di forum lowyat mengenai kesahihan gambar ular raksasa tersebut. Pendapat kami, sudut pandangan yang diambil menyebabkan ular itu kelihatan lebih besar dari yang sepatutnya. Gambar ular tersebut juga telah disiarkan dalam The Star.

*****
Gambar yang sama turut dimuatkan dalam tu...tukang kirim gambar tu siap menag RM50 lagi...
*****

Photograph purporting to show a 55ft snake found in a forest in Malasia has become an internet sensation. (gambar sama seperti diatas)

The thread claimed the snake was one of two enormous boas found by workers clearing forest for a new road. They apparently woke up the sleeping snakes during attempts to bulldoze a huge mound of earth.

"On the third dig, the operator found there was blood amongst the soil, and with a further dig, a dying snake appeared," said the post.

"By the time the workers came back, the wounded boa had died, while the other snake had disappeared. The bulldozer operator was so sick that he couldn’t even stand up."

The post claimed that the digger driver was so traumatised that he suffered a heart attack on his way to hospital and later died.

The dead snake was 55ft (16.7m) long, weighed 300kg and was estimated to be 140 years old, according to the post.


*****
entri di atas ni dalam bahasa Inggeris dan sumber asal entri ni pun mungkin daripada blog atau laman web luar negara. gambar ular gergasi sensasi Malaysia tersebar ke seluruh dunia. haha...kalau korang perasan ada ejaan Malasia dalam ayat mula-mula sekali. aku malas nak betulkan sebab nak kekalkan keaslian artikel. aku rasa tak de negara nama Malasia tu....Malaysia mungkin.

dalam banyak-banyak entri, entri ni paling berperisa sekali. siap dikaitkan dengan kematian sekali. tak tahu la tu...

cerita yang 100% sama macam membe aku pernah cerita dulu belum jumpa lagi. seingat aku, cerita dia lebih kurang macam kes yang berlaku di Pahang tu cuma lokasi je lain. dia cakap dulu kat Jengka kot...



satu lagi versi gambar. aku rasa gambar yang ni lebih asli kot. yang atas sekali tu macam dah kena crop je. tambah lak yang ni siap ada date and time stamp lagi - 04-Aug-08 09:23 kalau tak silap aku...

jadi, apa kesimpulan korang? atau mungkin ada nak tambah lagi satu cerita menarik ke? haha...

10 November 2011

Food : Kebaikan Susu Kambing Untuk Kesihatan






Susu kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus , lembut serta mudah hadam berbanding dengan susu lembu .lanya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
Disebabkan zarahnya yang halus & sifatnya yang menyah acid , maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastrik.
Alahan Laktosa.

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah.

Susu kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu .lanya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali


la juga mempunyai kandungan pH beralkali . Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. lanya bertindak meneutralkan asid dalam badan.

Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada sakit kepala ,sakit badan & otot ,penurunan berat badan ,kandungan gula dalm badan yang tidak seimbang ,keletihan dan tekanan darah tinggi.Susu Kambing Mengandungi asid lemak yang baik

Susu Kambing mengandungi asid lemak baik (capric & caprylic ) yang mencegah kesan jangkitan kulat . Asid ini juga membantu sistam pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tidak meninbulkan alahan kepada manusia .

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan mineral selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistam ketahanan sel badan manusia dan bahan anti aksida .selain itu ianya melawan virus secara semula jadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Dengan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi . Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis ( inflamasi sendi ).

Lawak Mak Dan Si Anak


Satu petang, anak bertanya kepada ibu nya yang tengah sarat mengandung....


anak : mak, apa dalam perut mak tu? 

mak : adik hang laa...
anak : mak benci adik ke? 

mak : ehhh,mak tak pernah benci anak mak...
anak : dah tu , kenapa mak telan dia?

mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh...

09 November 2011

Lelaki Bangladesh cabul jurujual tak layan

Macam-macam perangai sekarang nih, dah la datang sini tak diundang, lepas tu buat hal pulak. Pokcik pantang betul dengan perangai mat-mat bangla nih, gadis melayu kita dingorat nye, yang tak tahan tu ada plak yang sangkut, bagi yang melawan dan menangkis segala cabaran 'ayat-ayat manis' mat bangla.. pokcik ucapkan tahniah dan syabas... ini ada satu kisah pokcok terbaca kat surat khabar.... mat bangla ngorat tak dapat pastu buat kuang hajo... ptuiihhh ....
 ----------------------------------------------------------------------------------------
KAJANG: Berang ‘ayat manisnya’ tidak mendapat layanan seperti diharapkan, seorang lelaki warga Bangladesh mencabul seorang jurujual wanita di dalam stor penyimpanan makanan di sebuah pasar raya terkenal di Semenyih, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang berseorangan menyusun barangan di dalam pasar raya berkenaan sebelum lelaki itu tiba-tiba muncul dan mengajak mangsa bersembang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata mangsa yang berusia 44 tahun pada mulanya hairan melihat gelagat suspek yang ‘mesra’ walaupun tidak pernah berbual dengannya.
Katanya, mangsa tidak menghiraukan kehadiran suspek, tetapi suspek masih cuba mengajak mangsa berbual.
“Topik perbualan pada mulanya berkisarkan pekerjaan kemudian bertukar kepada topik berbaur lucah menyebabkan mangsa tidak selesa.
“Keengganan mangsa melayaninya menyebabkan suspek berang dan memegang payudara mangsa menyebabkan mangsa terkejut,” katanya.
Mangsa bagaimanapun cuba menjarakkan diri dengan suspek dengan harapan suspek tidak mengulangi perbuatannya dan beredar.
Suspek yang masih tidak berpuas hati menghampiri mangsa dan memegang payudara mangsa sekali lagi.
“Mangsa yang tersentak dengan tindakan suspek menjerit sehingga menarik perhatian pekerja lain di dalam stor berkenaan.
“Terkejut dengan jeritan mangsa, suspek meninggalkan stor berkenaan dan mengarahkan mangsa tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa,” katanya.
Ab Rashid berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Semenyih.

Misteri orang minyak Bentong

Ini kisah misteri jugak pokcik terbaca kat surat khabar Metro kalau tak silap, kelibat org minyak, ada sesetengah orang berpendapat ini mungkin kerja ilmu hitam, pernah la pakcik terdengar... konon-kononnya kalau nk mengamalkan ilmu hitam ni perlukan pantang larang dan amalan yang perlu dibuat sebelum ilmu tu meresap ke dalam jiwa si pengamal.. hisap darah anak dara la dan macam-macam lagi, tapi kebenarannya allahualam.. dan seelok-eloknya jauhkan la dari ilmu-ilmu tak bermanfaat ni...
-------------------------------------------------------------------------------
BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.
Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.
Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.
Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.
Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.
“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.
“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.
 

Berita Like Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger